SEJARAH
      Koperasi Perkhidmatan Setia Berhad, nama asalnya Koperasi Industri Perkhidmatan Selangor Berhad telah didaftarkan pada 19 Oktober 2006. Pindaan nama berkenaan selaras dengan kehendak SKM atas arahan meminda UuK mengikut Akta Koperasi dan Akta Suruhanjaya Koperasi Malaysia berkuatkuasa 1 Jan 2008. Antara pindaan berkenaan melibatkan nama, kawasan operasi ke seluruh Malaysia, yuran dan sebagainya. Pada awal penubuhan Koperasi hanya dianggotai oleh 105 anggota pengasas. Kini keanggotaan Koperasi iaitu dalam tempoh dua tahun telah bertambah kepada 2208 orang. Tambahan ini dianggap satu pencapaian yang tinggi pada purata hampir 1000 anggota setahun. Pertambahan ini kesan daripada aktiviti khidmat perundingan kewangan yang dilaksanakan oleh Koperasi. Kesan dari aktiviti yang dijalankan Koperasi telah dapat meningkatkan modal syer, yuran dan kumpulan wang anggota kepada RM315,514.95. Aktiviti yang diluluskan oleh SKM adalah perkhidmatan termasuk simpanan dan pemberian pinjaman/pembiayaan, tetapi disebabkan kekurangan modal aktiviti pinjaman dari dana Koperasi sukar dilaksanakan secara agresif, maka Koperasi hanya menjalankan Khidmat Perundingan Kewangan. Aktiviti ini melibatkan penyusunan semula portfolio kewangan anggota yang berhadapan masalah kewangan. Oleh yang demikian antara jalan penyelesaiannya adalah menyusun semula tanggungan pembiayaan. Ada diantara penyusunan ini dikemukakan ke BKRM. Koperasi hanya bertindak sebagai agen perundingan dan pembiayaan disediakan oleh pihak kewangan. Koperasi hanya memperolehi komesyen dan menjadi pendapatan kepada Koperasi.
      Koperasi ini ditadbir oleh satu Lembaga Pengarah yang berpengetahuan mengenai pentadbiran dan pengurusan Koperasi. Di samping itu misi Koperasi yang digariskan adalah untuk membantu anggota selaras dengan UuK Koperasi dan Akta Koperasi. Walaupun baru dua tahun Koperasi telah menunjukkan prestasi yang baik dan berpatutan dengan kemampuan yang ada.
      Koperasi telah mengambil langkah memberhentikan sepenuhnya aktiviti pembiayaan semenjak September 2010 bagi mematuhi arahan SKM. Keadaan ini disebabkan oleh aktiviti pembiayaan kredit yang dilaksanakan oleh Koperasi telah mendapat teguran dan perlu sedikit pelarasan bagi mematuhi GP7. Ekoran daripada itu, koperasi tiada aktviti pembiayaan selama 7 bulan dan dalam tempoh tersebut pihak koperasi telah melalui beberapa perbincangan dan perjumpaan dengan pihak SKM untuk membincangkan caj-caj dan fi yang dikenakan oleh koperasi ke atas anggota dalam melaksanakan aktiviti pembiayaan. Koperasi telah mula menjalankan aktiviti pembiayaan kepada anggota setelah mendapat kebenaran dan kelulusan daripada SKM pada akhir bulan Jun 2011. Walau bagaimanapun, koperasi telah menghadapi persaingan di mana kadar mudharabah terpaksa naik disebabkan oleh kos dana dan BLR naik.
      Koperasi Perkhidmatan Setia Berhad telah berjaya memperolehi dana daripada Bank Rakyat Malaysia Berhad sebanyak RM20 juta pada 15 April 2009. Sebanyak RM2,677,309.00 telah digunakan dan baki yang masih belum digunakan ialah RM17,322,691.00. Aktiviti pembiayaan menggunakan dana BKRM ini tidak dapat dilaksanakan mengikut jadual disebabkan oleh pematuhan GP7. Kini aktiviti pembiayaan telah dilaksanakan semula melalui dana Bank Kerjasama Rakyat Malaysia, dalaman dan Tabung Modal Pusingan S.K.M yang akan diperolehi.