AKTIVITI KOPERASI
Koperasi Perkhidmatan Setia Berhad merupakan koperasi kredit yang menawarkan perkhidmatan khidmat nasihat kewangan dan pembiayaan peribadi Bai’ Al-Inah kepada anggota sejak Ogos 2007. Perkhidmatan ini menggunakan dana daripada Bank Rakyat Malaysia Berhad (BKRM) dengan tempoh bayaran balik pembiayaan adalah sehingga 240 bulan atau 20 tahun dan jumlah maksima pembiayaan adalah sebanyak RM200 ribu. Selain itu, Koperasi juga menawarkan skim pinjaman kebajikan yang dikenali sebagai Skim Pembiayaan Al-Qardhul Al-Hassan di mana di bawah skim ini ianya memperuntukan pinjaman kecemasan seperti perbelanjaan sakit dan perubatan serta pembiayaan kemalangan dengan maksima pembiayaan sebanyak RM2000.00. Pembiayan ini diproses dengan segera dan tiada keuntungan dikenakan ke atas anggota bagi tujuan membantu mereka yang memerlukan.