OBJEKTIF/VISI & MISI KOPERASI
VISI/OBJEKTIF
Koperasi Perkhidmatan Setia Berhad ditubuhkan bagi mencapai objectif dan misi koperasi kepada anggota. Menurut Undang-undang Kecil 8 koperasi atau ringkasnya UuK, menetapkan fungsi utama Koperasi ialah Perkhidmatan. Di bawah UuK 9, Koperasi boleh menjalankan aktiviti-aktiviti seperti berikut:-
(a) Menjalankan aktiviti perundingan, pelancungan, Ar-Rahnu, pengangkutan, perladangan atau penternakan, perniagaan barangan pengguna, insuran dan takaful dan yang berkaitan dengannya.
(b) Menyediakan kemudahan untuk membolehkan anggota-anggota menyimpan sebahagian pendapatan dan memberi pinjaman kepada mereka itu bagi maksud yang berfaedah dan mendapat keuntungan.
(c) Membeli, menjual, memindahkan hak milik dan memiliki harta alih dan harta tak alih.
(d) Melaburkan wang berlebihan dalam perkara yang dibenarkan menurut seksyen 19 Akta dengan kelulusan Suruhanjaya;
(f) Menyertai usahasama dan menjadi anggota kepada koperasi lain; dan
(g) Mengadakan aktiviti lain yang berfeadah dengan kelulusan mesyuarat agung perwakilan.
MISI
(a) Menjadikan koperasi ini berdaya maju dan berdaya saing setanding dengan koperasi yang lain yang telah maju;
(b) Mewujudkan budaya korporat dalam pengurusan koperasi bagi menjana pengurusan yang lebih cekap dan gemilang ke arah mencapai tujuan penubuhan;
(c) Mengagihkan keuntungan dari aktiviti yang dijalankan kepada anggota dalam bentuk dividen;
(d) Membantu anggota yang mendapatkan pembiayaan yang tidak mendatangkan mudarat kepada mereka dan menghindarkan mereka meminjam dari pemberi pinjaman individu atau gerakan seperti ‘along’.